Khamis, 4 September 2014

Kenali Duniaku

Adakah anda kenali ini, Mesin Embosser dan Perisian Duxbury?


          Mungkin ramai di antara kita masih belum mengenali apa dia "Mesin Embosser" dan juga "Perisian Duxbury". Sememangnya ia amat asing bagi mereka yang bukan dalam kalangan golongan cacat penglihatan. Nak cerita pasal Mesin Embosser ni senang cerita macam "Printer" sahaja la. Tapi yang diprint adalah tulisan Braille, bukan tulisan Sighted. Mesin ini mampu mencetak tulisan Braille dengan kadar yang cepat dan dalam kuantiti yang banyak. Namun begitu mesin ini mengeluarkan bunyi yang amat bising bagi menghasilkan tulisan Braille yang mempunyai titik-titik. Nak tahu mesin Embosser tu boleh la tengok gambar kat atas tu iaitu gambar pertama dan gambar ketiga.
       Mesin ini memerlukan Perisian yang diberi nama Duxbury. Alah Duxbury ni pulak macam Microsoft Word la senang cerita. Ia di'install'kan dalam PC yang disambungkan pada Mesin Embosser pula. Tapi harus diingat ye, tulisan yang terpampang di skrin PC adalam dalam bentuk tulisan Braille. Anda boleh lihat dalam gambar yang kedua. Itulah perisian Duxbury. Eh, lupa nak cerita. Nak tahu tak berapa harga Mesin Embosser tu< Harga mesin Embosser tu boleh mencecah harga 20K taw!  Mahal sebab diimport dari luar negara. Perisian Duxbury tu pun dah lebih kurang 200 Dolar Amerika. Barang-barang keperluan ni memang mahal.
   
Itu sahajalah nk cerita pada hari ni. Nanti2 saya kongsi lagi beberapa alat yang membantu dalam proses penulisan, pembacaan dan mobiliti golongan cacat penglihatan.



Kilometer Cinta

Denai itu telah tertulis,
Suatu kerikil telah tersusun,
Bahwa, aku perlu menunggu,
Cinta yang dilabuh,
dengan akad.

Biarpun telahku ratakan,
denai itu tetap berliku,
Kerna belum cuku kudratku,
Menghimpunkan harmoni dan sentosa,
Yang bisa meleburkan,
Baatu-batu persengketaan.

Perjalanan masih jauh,
Kelunturun jiwa makin menghinggapi,
Menelusuri sebuah cinta,
Yang tidakku tahu,
Mana  muara ijabku.

Khamis, 15 Ogos 2013

Cerpen: Masihkah Ada Sinar

Petang esok dia akan menjalani pembedahanm ata di We Care Health Service iaitu sebuah hospital pakar mata terbaik di India. Hatinya membentak.  Sejujurnya dia tidak mahu dibedah. Tapi astas permintaan dan pujukan ibu bapanya. Hamzah akur. Kata-kata ibunya menyusupi hati keras Hamzah. Pembedahan itu dibiayai sepenuhnya rakan bapanya yang merupakan seorang ahli perniagaan.  
            ‘Saya tidak mahu dibedah, saya sudah lali dengan kehidupan buta saya ini! Mengapa abah dan emak beriya-iya benar?” suaranya agak meninggi. “adik, ni sahaja permintaan ibu pada adik. Tidakkah terlintas, adik mahu, menatap wajah emak? wajah abah, abang dan kakak? Merka semua mahu adik melihat. Jangan lepaskan peluang ni, adik” Hamzah dapat merasakan getaran anak tekak emaknya. Hamzah terdiam seribu bahasa. Dia seolah-olah kehilangan kata-kata. Hamzah seorang anak yang baik. Dia tidak pernah mengikari kata-kata emaknya, apatah lagi menginggikan suara.
            Akhirnya, Hamzah bersetuju untuk menjalani pembedahan. Dia kehilangan salah satu pancainderanya itu sewaktu umurnya mencecah 8 tahun. Waktu itu emak dan abahnya begitu kecewa. Emak dan abah Hamzah tidak putus-putus berikhtiar menyembuhkan penglihatannya. Menurut doktor di Hospital Besar Seremban, Hamzah mengidapi “glucoma”. Malaysia tidak mempunyai kepakaran untuk merawat penyakit itu. Itulah penjelasan daripada doktor setelah beberapa kali dia ke hospital untuk diperiksa dan mendapatkan rawatan. Perubatan tradisional pun banyak telah dia pegi.
Setelah beberapa lama dia berkurung di rumah dan tidak ke sekolah seperti teman-teman seusianya, akhirnya dia dihantar bersekolah di sekolah pendidikankhas atas nasihat rakan-rakan emaknya. Hamzah dihantar ke Johor Bahru untuk bersekolah di Princess Elizabeth School – sekolah rendah berasrama pendidikan khas bagi murid-murid masalah penglihatan.
            Sejak itu, dari berumur 8 tahun, Hamzah terpaksa berjauhan dengan keluarga. Pastinya hati emaknya berat untuk melepaskan anak bongsunya itu. Namun, demi masa depan Hamzah, emaknya redha. Hamzah dan emaknya sungguh erat sebelum peristiwa hitam menimpa Hamzah.. Hamzahlah buah hati emaknya. Ke mana sahaja emaknya pergi, Hamzah akan menemani.
Semasa emak dan abahnya menghantar Hamzah  memasuki  Sekolah Princess Elizabeth itu, emaknya tidak mampu menahan tangisannya. Emak memeluk erat Hamzah. Air mata emak bergelinangan membasahi baju Hamzah. “Adik, jaga diri baik-baik ye, dengar cakap cikgu. Cari kawan yang baik-baik” pesanan emak dialuni suara esaknya. “Mak... jangan tingalkan adik...” meraung-raung Hamzah sambil tangannya terus erat memeluk emaknya.
Emak terpaksa meleraikan pelukan itu kerana tida berapa lama lagi keratapi ke Butterworth akan tiba. “emak dengan abah kena pergi dulu ye, dik” emak memujuk Hamzah dan melepaskan pelukan terhadap Hamzah. Emak berlalu ke arah teksi yang sedia menunggu. Dalam pada itu, Hamzah cuba mengejar dan mendapat emaknya waktu emak dan abahnya menaiki teksi.. Sehingga Hamzah jatuh ke longkang kecil. Lututnya berdarah. Emak dan ayah terpaksa bermalam dan membatalkan tiket kerata api untuk ke pulang ke Butterworth, Pulau Pinang. Emak tak sampai hati melihat anak bongsunya terus-terusan menangis.
            Tapi lama-kelamaan Hamzah mula biasakan diri tingal di asrama. Dia diasuh menguruskan diri. Di sekolah itulah, dia mengenali seorang gadis yang sehingga kini menjadi teman akrabnya. Alia seorng gadis dari daerah Jempol, Negeri Sembilan. Alia seorang gadis yang ceria walaupun dilahir gelap. Bagi Hamzah, dia masih bertuah kerana dia pernah melihat dunia walaupun hanya untuk 8 tahun sahaja.
            Hamzah dapat melihat wajah emak dan ayahnya sebelum penglihatannya terpadam akibat penyakit ‘Glucoma’. Jawapan Alia benar-benar mengusik jiwa Hamzah. “Lia, kalau awak diberi peluang seminit je untuk nampak, apa yang awak nak tengok?” soal Hamzah. Saya nak tengok wajah ibu saya. Saya teringin nak tengok wajah yang membesarkan saya dengan penuh kasih sayang itu. Insyallah, Allah akan bagi peluang  itu di syurga nanti” jawab  Alia dengan nada yang sayu. Terkelu Hamzah mendengar kata-kata itu. Ingatan Hamzah jauh terbayang pada emak di kampung. Kerinduannya pada emak menyengat di dalam jiwanya.
            Hamzah masih ingat wajah emak ketika dia masih nampak dahulu. Waktu kecil dahulu dia selalu menatap wajah  mesra emak. Hamzah masih ingat sewaktudia berusia tujuh tahun, dia pernah menolong emaknya bersolek. “Emak buat apa tu? Hamzah datang menghampiri ibunya yang duduk mengadap cermin  meja solek. “Emak tengah siap-siap, nak pergi jalan-jalan. Adik nak ikut tak?”  jawab ibu. “Nak ikut, mak.. Emak, nak tolong emak boleh? Biar adik bedakkan muka mak” pinta Hamzah. Wajah emak ketika itu menjalma dalam kotak fikirannya dan terus abadi dalam ingatannya sehingga sekarang
            Sekarang  sudah hampir 15 tahun dia tidak menatap wajah emak. Dia teringin sekali melihat redupan wajah emak.  Wajah emak lembut, keningnya halus menghiasi bahagian atas mata, mata emak lirik, alis bulu mata ibu lebat menambah kecantikan emak. Senyuman manis emak menambahkan seri di wajah emak..Wajah itulah yang sering diingati dan tidak pernah terpadam biarpun ia sudah bertahun-tahun memasuki raung ingatan Hamzah. Tetapi kini adakah dia bakal melihat semula wajah emak setelah menjalani pembedahan itu? Emak pasti masih cantik seperti waktuku kecil”soalnya sendirian. Adakah esok ada sinar untukku?  Sinar yang bakal menggamit penglihatanku.  Untuk Hamzah mengukir senyuman menatap wajah emak
            Emak tidak henti-henti berdoa dan sujuh menghadap Ilahi agar Hamzah diberi peluang untuk melihat. Emak tidak dapat pegi memandangkan kos yang dibiayai hanyalah untuk Hamzah menjalani pembedahan. “Ya Allah, permudahkanlah pembedahan anakku, Hamzah. Berikanlah dia peluang untuk melihat wajah emaknya dan keindahan dunia ciptaan-Mu ini”. Emak sujuh dan terus sujud meminta belas ihsan penciptaNya.

            Hamzah menerima panggilantelefon dari Malaysia. Rupanya kakaknya yang menghubunginya ketika itu. “adik, bersabar ye dik” suara kakak kedengaran agak sayu ketika itu. “kenapa kak, apa yang dah jadi kak” Hamzah bertalu-talu dengan soalannya. Hamzah cemas dengan kenyataan kakaknya itu. Kakak terdiam seketika. Hamzah dapat mendengar suara tangisan kakak. “Cakap la kak, apa yang berlaku? Kenapa akak diam dan menangis ni? Hamzah terus resah.

Sajak: Nafasku Mengiringimu (ditujukan kepada orang yang disayangi)

Saat itu,
Kerdipan matamu, memuja-muja hatiku,
Manis senyummu, bertakhtakan butir permata,
Menghirup segala nestapa,

Aku jatuh,
Dalam, jauh ke lubuk hatimu,
Terpanah tulus hatimu,

Sempurnamu di mataku,
Biar, sinar mataku tidak menilainya,
Tapi, hatiku telah mengukirkannya,

Putih jiwamu,
Terungkap dalam titis-titis belaianmu,
Mengiringi si buta,
Yang dahagakan cinta.

Pastinya,
Terpaanmu di garis hatiku,
Akan terus melekat,
Bak sarang tempua,
Di dahan pohon tua

Tidak lagi beralih,
Biar angin cemburu membadainya.
Biar terik prasangka menyala-nyala,
Ia tetap di situ,
Setia seperti aku. 



Sajak: Persis Perwira (mengenang peristiwa pencerobohan Sabah)

Besarnya jiwa mereka,
Namun rebah memikul
Menjunjung kesucian bumi Sabah,
Tanpa izin seincipun diserah  

Barang diingat,
Korban mereka, bukan mainan semata
Keberanian mereka, harus ditegak kata,
Merekalah wira penyelamat negara.

Peliharalah jasa mereka,
Bukan dipijak tanpa bicara, ,
Jika antara kita berkata,
Mereka bukan wira,  tapi sandiwara,
Mana nilai budi kita?

Lenyapkah sudah,
Nilai budi yang diphatkan selama ini,
Sehingga tak dapat membentengkan,
Di mana politik, di mana patriotik

Tinggalkanlah pertentangan itu di tiang seri,
Marilah kita bersatu hati,
Moga bumi menjadi saksi
Kita rakyat Malaysia yang sejati

*Sajak ini ditulis bagai mengenang peristiwa pencerobohan Lahad Datu serta menyanjung jasa prajurit yang telah terkorban dalam mempertahankan kedaulatan negara. Semoga roh prajurit yang terkorban diletakkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.


Isnin, 12 Ogos 2013

SSP adalah Simpanan BUKAN PELABURAN

Entri ini saya coretkan setelah mengkaji sedalam-dalamnya probabiliti untuk penyimpan Sijil Simpanan Premium (SSP) untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Probabiliti sangat rendah sehingga menjangkau 0.00001% berdasarkan jumlah simpanan dengan jumlah hadiah yang ditawarkan. Saya akan melengkap fakta yang dinyatakan di atas tadi dalam enrri berikutnya. Pembaca pasti akan nampak probabiliti yang sangat rendah ini. 

Kajian yang saya lakukan ini disebabkan saya sendiri telah menyimpan dalam SSP atas pengaruh pegawai bank BSN. Hampir lebih setahun yang lalu, semasa ingin membuat transaksi pegawai bank di BSN tersebut telah mengajak saya untuk menyimpan dalam SSP dan menyatakan dengan menyimpan dalam SSP ini, saya berpeluang memenangi kereta-kereta mewah yang ditawarkan. Saya telah menyimpan dalam suata jumlah dan tidak boleh mengeluarkan dalam suatu tempoh yang ditetapkan.

Akibat tertarik dengan hadiah yang ditawarkan dan tanpa berfikir panjang, saya bersetuju. Pada masa itu, saya belum sempat untuk mengkaji SSP ini dengan sedalamnya. Setelah menunggu sehingga tarikh matang simpanan saya, saya berasa hampa. Apa tidaknya, apatah untuk mendapatkan kereta mewah, hadih paling rendah iaitu RM150 SSP pun tak dapat. Oleh yang demikian, saya mulai mendapatkan maklumat terperinci tentang SSP melalui akhbar, forum-forum di laman sesawang serta membaca di laman sesawang BSN.

Hari ke hari, pelbagai maklumat diperoleh dan tanpa berputus asa saya terus menambah simpanan saya melalu perbankan internet MyBSN. Dalam tempoh itu, dapatlah saya rumuskan bahawa SSP bukanlah sejenis pelaburan tetapi boleh diletakkan sebagai sejenis simpanan. Namun simpanan ini menawarkan faedah-faedah sampingan selain memperolehi dividen yang ditetapkan. Mereka yang mahu menyimpan dalam SSP ini saya sarankan supaya tetapkan di dalam hati anda bahawa anda hanyamahumenyimpan tanpa mengharapkan hadiah yang ditawarkan. JIka mendapat hadiah itu, ia hanyalah sebagai BONUS sahaja.

Sampai di sini sahaja coretan saya mengenai SSP. Harap ia dapat memberi maklumat serba sedikit mengenainya.