Isnin, 12 Ogos 2013

SSP adalah Simpanan BUKAN PELABURAN

Entri ini saya coretkan setelah mengkaji sedalam-dalamnya probabiliti untuk penyimpan Sijil Simpanan Premium (SSP) untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Probabiliti sangat rendah sehingga menjangkau 0.00001% berdasarkan jumlah simpanan dengan jumlah hadiah yang ditawarkan. Saya akan melengkap fakta yang dinyatakan di atas tadi dalam enrri berikutnya. Pembaca pasti akan nampak probabiliti yang sangat rendah ini. 

Kajian yang saya lakukan ini disebabkan saya sendiri telah menyimpan dalam SSP atas pengaruh pegawai bank BSN. Hampir lebih setahun yang lalu, semasa ingin membuat transaksi pegawai bank di BSN tersebut telah mengajak saya untuk menyimpan dalam SSP dan menyatakan dengan menyimpan dalam SSP ini, saya berpeluang memenangi kereta-kereta mewah yang ditawarkan. Saya telah menyimpan dalam suata jumlah dan tidak boleh mengeluarkan dalam suatu tempoh yang ditetapkan.

Akibat tertarik dengan hadiah yang ditawarkan dan tanpa berfikir panjang, saya bersetuju. Pada masa itu, saya belum sempat untuk mengkaji SSP ini dengan sedalamnya. Setelah menunggu sehingga tarikh matang simpanan saya, saya berasa hampa. Apa tidaknya, apatah untuk mendapatkan kereta mewah, hadih paling rendah iaitu RM150 SSP pun tak dapat. Oleh yang demikian, saya mulai mendapatkan maklumat terperinci tentang SSP melalui akhbar, forum-forum di laman sesawang serta membaca di laman sesawang BSN.

Hari ke hari, pelbagai maklumat diperoleh dan tanpa berputus asa saya terus menambah simpanan saya melalu perbankan internet MyBSN. Dalam tempoh itu, dapatlah saya rumuskan bahawa SSP bukanlah sejenis pelaburan tetapi boleh diletakkan sebagai sejenis simpanan. Namun simpanan ini menawarkan faedah-faedah sampingan selain memperolehi dividen yang ditetapkan. Mereka yang mahu menyimpan dalam SSP ini saya sarankan supaya tetapkan di dalam hati anda bahawa anda hanyamahumenyimpan tanpa mengharapkan hadiah yang ditawarkan. JIka mendapat hadiah itu, ia hanyalah sebagai BONUS sahaja.

Sampai di sini sahaja coretan saya mengenai SSP. Harap ia dapat memberi maklumat serba sedikit mengenainya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan